GUATEMALA CITY – Satu gempa bumi kuat dengan 6.9 magnitud melanda barat daya Guatemala berhampiran sempadan Mexico mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.
Sebuah gereja, jambatan dan beberapa bangunan turut rosak.
“Gempa bumi itu dirasai di seluruh wilayah negara dan penilaian kerosakan sedang dijalankan,” kata Julio Sanchez, jurucakap pusat bencana negara Conred.
Gempa bumi itu melanda sejauh 15 kilometer (10 batu) di barat laut bandar San Marcos, sekitar 1.30 pagi dengan kedalaman 111 kilometer (69 batu), menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gempa bumi cetek lebih berbahaya.
Beberapa gegaran susulan dilaporkan di siang hari.
Bencana itu mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di Retalhuleu, Quetzaltenango dan Suchitepequez.
Sebuah gereja runtuh di San Sebastian, Retalhuleu menyebabkan seorang lelaki maut.
Manakala, seorang wanita terbunuh di Tacana di San Marcos selepas rumahnya runtuh akibat gempa bumi.
Tiga lagi meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut pihak berkuasa polis disebabkan terkejut dengan kejadian bencana alam itu.
Sebuah jambatan yang menghubungkan Guatemala dan Mexico merentasi Sungai Suchiate ditutup kerana rosak. – MalaysiaGazette