Home Dunia Hampir 700,000 kanak-kanak di AS dijangkiti Covid-19

Hampir 700,000 kanak-kanak di AS dijangkiti Covid-19

Jumlah kes jangkitan Covid-19 dalam kanak-kanak di AS meningkat. Foto Reuters

WASHINGTON – Hampir 700,000 orang kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) telah didiagnosis dengan Covid-19 sejak bermulanya wabak itu, menurut laporan terbaharu Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.

Sebanyak 77, 073 kes baharu membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 24 September hingga 8 Oktober, peningkatan 13 peratus dalam kes kanak-kanak selama dua minggu, menurut laporan itu.

Sejumlah 697,633 kes Covid-19 kanak-kanak telah dilaporkan di Amerika Syarikatsetakat ini.

Menurutnya, kanak-kanak mewakili 10.7 peratus daripada semua pesakit yang dijangkiti dengan virus tersebut.

Kadar keseluruhan adalah 927 kes setiap 100,000 kanak-kanak dalam populasi.

Kanak-kanak mewakili 0.9 peratus hingga 3.6 peratus daripada jumlah pesakit yang rawat di hospital dan 0 hingga 0.23 peratus daripada semua kematian Covid-19, kata laporan itu.

“Pada masa ini, nampaknya penyakit yang teruk disebabkan oleh Covid-19 jarang terjadi kalangan kanak-kanak.

”Walau bagaimanapun, negeri-negeri perlu memberikan laporan terperinci mengenai kes-kes, ujian, kemasukan ke hospital, dan kematian Covid-19 berdasarkan usia dan bangsa/ etnik sehingga kesan Covid-19 terhadap kesihatan kanak-kanak dapat didokumentasikan dan dipantau, “kata laporan itu.- MalaysiaGazette

+ posts