Home Nasional Kaunter zakat Baitulmal MAIWP beroperasi sepanjang PKPB

Kaunter zakat Baitulmal MAIWP beroperasi sepanjang PKPB

KUALA LUMPUR – Kaunter zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini sehingga 27 Oktober ini.

Kaunter Baitulmal di ibu pejabat MAIWP di Bangunan PERKIM dan 9 buah Pusat Agihan Zakat (PAZA) Baitulmal yang terletak di sekitar Kuala Lumpur beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang bagi urusan berkaitan bantuan zakat.

MAIWP berkata, kaunter beroperasi pada Isnin hingga Jumaat kecuali PAZA di UTC Pudu dan UTC Keramat yang beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Selain itu, bagi memudahkan penerima Bantuan Zakat Kewangan Bulanan dan Bantuan Zakat Sewa Rumah yang akan tamat pada Oktober dan November 2020, bantuan tersebut akan disambung secara automatik tanpa memerlukan asnaf untuk hadir ke kaunter Baitulmal bagi proses penyambungan.

Perkara ini akan memberi manfaat kepada hampir 5,000 penerima bantuan.

Orang ramai juga dimohon untuk melaporkan kepada MAIWP mereka yang terjejas dan berada dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan terutamanya semasa PKPB.

Laporan boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar Mobil Jejak Asnaf bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang membantu mereka. – MalaysiaGazette