KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam sehingga 27 Oktober ini mengejutkan rakyat termasuklah golongan selebriti.
Pelakon, Datin Diana Danille turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana berpendapat pengumuman PKPB itu tidak adil apabila dimaklumkan di saat akhir.
“Kenapa tak boleh bagitahu CMCO (PKPB) ini dua tiga hari sebelumnya? Kenapa sehari sahaja? Ini sama sekali tidak adil.
“Kelam kabut tak memasal kerana anda tidak dapat gauge untuk beberapa hari lagi! Bukankah itu jelas? Sudah jelas bagi kita dalam seminggu yang lalu apa yang akan ditimbulkannya,” tulisnya.
Sementara itu, isteri kepada pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil itu berkata, dia mempunyai alasan kukuh untuk berasa panik kerana dia kini berada di luar Kuala Lumpur.
“Masa MCO kita orang tinggal Kuala Lumpur ja sepanjang tiga hingga empat bulan. Yang lari orang lain, yang kena orang lain. Salah tembak ini. Dan saya tidak berada di Kuala Lumpur sejak tiga hari yang lalu, bahkan sebelum pengumuman CMCO.
“Oleh itu, saya mempunyai sebab untuk panik. Don’t trash your assumptions to me lol,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun perkongsian Diana itu mengundang kecaman segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan luahannya itu.
Jelas netizen, memang kebiasaannya PKPB akan diumumkan sehari atau dua hari awal.
Terang mereka jika diumumkan seminggu awal pasti ramai yang akan balik kampung dan kerajaan tidak akan laksanakan secara suka-suka tetapi selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan berikutan kes yang dicatatkan sangat membimbangkan. – MalaysiaGazette
“Pelakon, Datin Diana Danille turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana berpendapat pengumuman PKPB itu tidak adil apabila dimaklumkan di saat akhir.”
maklum awai depa pakat lari merata ..dan ini kana membuatkan penularan covid menjadi semakin tidak terkawal.. Kalau tak boleh pikiaq lagu tuh penat lah.. 🙂
Ko siapa nk ajar org, dah tak ada duit ke job tak masuk. Laki kat dlm, so bini cari duit, yu meroyan tu…sabar #kitajagakita.
pakngah mail dah umum 2 hari awal klu tak silap. Maybe datin tak pernah nak ambil peduli sidang media pakngah sbb rasa mcm tak akan kena batang hidung sendiri kot..