Home Nasional Elak sebar kandungan boleh jejas ketenteraman awam

Elak sebar kandungan boleh jejas ketenteraman awam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan kandungan atau bahan yang berunsur kecaman terhadap sesebuah kumpulan yang boleh menimbulkan kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Pada masa yang sama, laporkan kepada pihak polis atau SKMM melalui portal https://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada aduanskmm@mcmc,gov.my
sekiranya anda terjumpa akaun-akaun atau kandungan sedemikian untuk penelitian lanjut.

Sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette