Home Utama Pesawat Hawk TUDM terputus hubungan

Pesawat Hawk TUDM terputus hubungan

Pesawat pejuang Hawk 108 terputus hubungan setengah jam selepas meninggalkan Pangkalan Udara Kuantan. foto hiasan

KUALA LUMPUR – Markas Tentera Udara mengesahkan sebuah pesawat pejuang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan Pahang dan Terengganu.

Menurut satu kenyataan, pesawat yang berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada pukul 11 pagi itu terputus hubungan setengah jam kemudian.

“Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat” kata kenyataan Markas Tentera Udara.

Tambahnya, sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

Comments are closed.