
KUALA LUMPUR – Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima sebanyak 30 usul daripada 25 Ahli Parlimen sehingga petang tadi.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Sesi sidang mesyuarat kali ini telah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Oktober 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari mulai 2 November hingga 15 Disember ini. – MalaysiaGazette