Home Ekonomi Lonjakan kes Covid-19 punca harga minyak jatuh

Lonjakan kes Covid-19 punca harga minyak jatuh

Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak ditutup rendah pada Jumaat disebabkan oleh kebimbangan terhadap lonjakan kes-kes baharu Covid-19 di Amerika Syarikat dan Eropah.

OPEC+, kumpulan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak dan sekutunya termasuk Rusia bimbang gelombang kedua Covid-19 yang berlanjutan serta peningkatan pengeluaran minyak di Libya menyebabkan lebihan bekalan tahun depan, demikian menurut dokumen rahsia yang dilihat oleh Reuters.

Tinjauan masa hadapan industri minyak dilihat lebih teruk berbanding sebulan lalu.

Minyak mentah Brent jatuh 23 sen untuk ditutup pada AS$42.93 setong manakala kontrak hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh lapan sen kepada AS$40.88.

“Realitinya kita sekarang melihat penularan aktif pandemik di seluruh Eropah dan virus tersebut juga tersebar semula di Amerika Utara.

“Ini mungkin menyebabkan pemulihan permintaan minyak akan terjejas,” kata Ketua Penyelidikan Komoditi di National Bank of Australia, Lachlan Shaw.- MalaysiaGazette