KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Penaja parti Pejuang sebulat suara mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 dilangsungkan.
Cadangan tersebut dinyatakan oleh Abu Bakar Yahya yang merupakan Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata, Dr Mahathir perlu menduduki jawatan tersebut jika mahu negara diselamatkan.
“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon Perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum yang ke-15 jika negara mahu diselamatkan,” katanya.
Menurut Abu Bakar, keputusan tersebut turut dipersetujui oleh Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – MalaysiaGazette
Kah kah kah..udah udah lerrrr…korang sesama korang ler yg calonkan..sape nak sokong tu? haaa meroyan gila talak!
Mukhriz jadi tpm pulak kannn.. Wakakakakaka