Home Nasional Bekalan air diagih secara berperingkat, pulih sepenuhnya pada 20 Okt.

Bekalan air diagih secara berperingkat, pulih sepenuhnya pada 20 Okt.

lori air Air Selangor
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) beroperasi semula pada pagi ini dan bekalan air telah diagihkan ke sistem bekalan air pada jam 12 tengah hari tadi.
Pengurusan Air Selangor berkata, pihaknya telah menyediakan pelan pemulihan air untuk 686 kawasan yang terjejas di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.
Untuk pemulihan sepenuhnya esok, ia membabitkan 241 kawasan dan pada 20 Oktober 2020 sebanyak 445 kawasan.
Air Selangor meminta kerjasama pengguna agar menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan air berjalan lancar dan mengikut jadual pemulihan. – MalaysiaGazette