Home Foto Pilihan Menang Kalah! Tetap Lawan #Covid-19

Menang Kalah! Tetap Lawan #Covid-19

Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengendali pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.

Berhadapan dengan saat getir negara ‘memerangi’ pandemik Covid-19, sudah tentu petugas barisan hadapan (frontliner) merupakan orang yang paling sibuk ketika ini.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya dilihat bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira penat lelah.

Pengorbanan masa dan tenaga mereka sehingga perlu bersengkang mata siang dan malam dalam usaha mengatasi situasi Covid-19 seharusnya dipandang tinggi.

Mereka sama sekali tidak menagih penghargaan apatah lagi mahu dilambung dengan pujian, cukup sekadar meminta rakyat bersama-sama memutuskan rantaian wabak pandemik itu dengan duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Kenanglah perit jerih ‘wira negara’ ini yang bekerja keras menyelamatkan nyawa demi kesejahteraan rakyat dan negara tercinta.

Dua petugas KKM membuat pemeriksaan wabak Covid-19 keatas orang awam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengendali pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas KKM menyimpan sampel pemeriksaan orang awam yang membuat saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Lambakan dokumen sampel cecair saringan orang awam untuk diuji bagi mengesan kes positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Antara sampel cecair saringan orang awam yang perli diuji bagi mengesan kes positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas hospital, Siti Hawa Mohammad dilihat tekun sewaktu melakukan ujian terhadap sampel cecair saringan orang awam bagi mengesan kes positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas yang merawat pesakit Covid-19 melakukan kerja harian mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Seorang petugas melihat imbasan x-ray salah seorang pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas memakai sut PPE melakukan kerja-kerja merawat pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Seorang petugas memakai sut PPE dilihat merehatkan diri sebelum melakukan kerja-kerja merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas hospital, Dr. Fadhli Suhaimi membaca doa bersama pembantu perubatannya, Shahrul Nizam Radzuan (kiri) dan Muhd Nurashraf Ahamed (tengah) berpakaian lengkap Powered Air-Purifying Respirator (PAPR) sebelum menjalankan rawatan ke atas pesakit Covid-19 yang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas hospital, Dr. Fadhli Suhaimi bersama pembantu perubatannya, Shahrul Nizam Radzuan (kiri) dan Muhd Nurashraf Ahamed (kanan) berpakaian lengkap Powered Air-Purifying Respirator (PAPR) tekun menjalankan rawatan ke atas pesakit Covid-19 yang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas hospital, Dr. Fadhli Suhaimi bersama pembantu perubatannya, Shahrul Nizam Radzuan (tengah) dan Muhd Nurashraf Ahamed (kiri) berpakaian lengkap Powered Air-Purifying Respirator (PAPR) tekun menjalankan rawatan ke atas pesakit Covid-19 yang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Reaksi petugas hospital, Dr. Fadhli Suhaimi (dua kiri) bersama pembantu perubatannya, Muhd Nurashraf Ahamed (kanan) berpakaian lengkap Powered Air-Purifying Respirator (PAPR) selepas menjalankan rawatan ke atas pesakit Covid-19 yang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Dua petugas hospital yang berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) menguruskan mayat pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Dua petugas hospital yang berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) membawa mayat pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Mayat pesakit Covid-19 diletakkan dihadapan peti beku sebelum menunggu untuk ditayammum di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam JAWI, Zulina Sulaiman berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) melakukan tayammum ke atas jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Dua Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) melakukan solat jenazah ke atas jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengendali pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Potrait petugas barisan hadapan yang tidak lelah menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang pandemik Covid-19 melanda Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Sebahagian petugas yang bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19 bergambar bersama ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas hospital, Dr. Fadhli Suhaimi bergambar bersama dua pembantu perubatannya, Shahrul Nizam Radzuan (kanan) dan Muhd Nurashraf Ahamed (kiri) berpakaian lengkap Powered Air-Purifying Respirator (PAPR) selepas menjalankan rawatan ke atas pesakit Covid-19 yang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.
Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bergambar selepas selesai mengendali pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2020.

1 Komen

  1. Saya suka article ini.
    Banyak gambar and short discription, bukan satu writing yang panjang boring dengan hanya 1 atau 2 Gambar.

Comments are closed.