LONDON – Kepulangan Gareth Bale ke Tottenham Hotspur terencat apabila West Ham bangkit pada lewat permainan selepas ketinggalan tiga gol untuk seri 3-3 di tempat sendiri awal pagi tadi.
Tottenham selesa berada di depan 3-0 ketika Bale masuk pada minit ke-72 buat pertama kali sejak dipinjamkan semusim daripada Real Madrid.
Bintang Wales itu juga perlu dipersalahkan apabila terlepas peluang terbaik untuk mencipta kemenangan sebelum pemain West Ham, Manuel Lanzini menyamakan kedudukan pada lewat permainan.
Tottenham hanya memerlukan 45 saat apabila Son Heung-min dan Harry Kane bergabung mencipta gol buat kali ketujuh musim ini.
Giliran Kane pula menempatkan namanya dalam senarai pada minit kelapan ketika dia mengatasi Declan Rice dan menyepak ke penjuru dari dalam kotak penalti.
Permulaan baik Tottenham berterusan dengan gol ketiga pada minit ke-16 dengan kapten England, Kane menanduk masuk hantaran Sergio Reguilon untuk gol ke-10 miliknya musim ini.
Bagaimana West Ham mendominasi perlawanan selepas Bale dimasukkan menggantikan Steven Bergwijn. – MalaysiaGazette