Home MG Flash Bekalan Air Terhenti, Lebih Sejuta Pengguna Terjejas | EDISI 2 ptg –...

Bekalan Air Terhenti, Lebih Sejuta Pengguna Terjejas | EDISI 2 ptg – 19 Oktober 2020

Belum pun 24 jam pulih, penduduk Lembah Klang sekali lagi terpaksa berhadapan masalah bekalan air terputus.

Jika semalam 686 kawasan mengalami gangguan bekalan air ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) berikutan kerja-kerja pembaikan paip air terawat yang pecah, hari ini pencemaran sumber air mentah pula dikesan di Sungai Selangor.

Pencemaran itu, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas.