Kerajaan memperuntukkan RM2.6 juta untuk melakukan sanitasi awam di wilayah ini khusus bagi menangani penularan wabak Covid-19.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses sanitasi atau nyahkuman itu perlu dilaksanakan dengan kerap di pusat pentadbiran negara kerana ia merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh orang awam bagi pelbagai urusan.