Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang berlangsung malam ini akan turut membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam gabungan itu secara rasmi.
Setiausaha Agong Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu boleh dibincangkan kerana ia pernah diminitkan dalam mesyuarat sebelum ini.