Home Nasional Insiden Hawk: PM mahu siasat terperinci

Insiden Hawk: PM mahu siasat terperinci

Dua juruterbang Hawk 108 yang maut Mejar Hasri Zahari (kiri) dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu satu siasatan lengkap dilakukan ke atas tragedi nahas pesawat Hawk 108 yang mengorbankan dua juruterbang.
Najib dalam twit terbarunya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dalam kejadian berkenaan.
“Innalillah. Terima berita sedih dua juruterbang @airforcenextgen yang hilang dijumpai maut.
“Takziah kepada keluarga. Siasatan terperinci akan dilaksana,” katanya di akaun Twitternya, hari ini.
Beliau mengulas insiden jet pejuang dua tempat duduk, Hawk 108 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, kira-kira 11.30 pagi, hari ini.
Pesawat malang itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan selepas 30 minit ke udara.- MalaysiaGazette