Home Nasional Empat LRA dihenti tugas enam kali tahun ini – Air Selangor

Empat LRA dihenti tugas enam kali tahun ini – Air Selangor

lori air Air Selangor
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Empat Loji Rawatan Air (LRA) dikendalikan Air Selangor Sdn Bhd iaitu  Sungai  Selangor  Fasa 1,  Fasa 2,  Fasa 3  dan  Rantau  Panjang  terpaksa  dihenti  tugas  sebanyak enam kali tahun  ini  ekoran  pencemaran sungai.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata henti tugas keempat-keempat  oji tersebut menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada kira-kira  1.2 juta  pengguna  di  sekitar  Lembah Klang.

Katanya, tanggungjawab Air Selangor hanyalah sebagai operator pengendali bekalan air dan  membuat pemantauan di muka sauk bagi memastikan bekalan air mentah yang bersih disalurkan kepada pengguna.

Namun Suhaimi berkata penguatkuasaan  terhadap  pencemaran  sumber  air  mentah  pula adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan beberapa agensi berkaitan.

“Tugas kami apabila ada pencemaran (bekalan air mentah) adalah  menghentikan  operasi  (LRA)  dan  encuba sedaya upaya memberi maklumat secepat mungkin kepada pengguna,” katanya pada  sidang  media  selepas Majlis Pemberian Air Minuman kepada penduduk Rimba Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata setakat pukul 4.30 petang tadi, sebanyak 55 peratus atau 715 daripada 1,292  kawasan  telah  menerima  bekalan  air  sepenuhnya  susulan  gangguan  bekalan  air  tidak  berjadual  semalam.

“Sebanyak 577 kawasan masih terjejas dan dalam proses pemulihan bekalan air. Kami  sedang  memaksimumkan usaha bagi menyalurkan bekalan air kepada lokasi terjejas.

“Pihak kami menyasarkan masa pemulihan sepenuhnya untuk kesemua 1,292 kawasan adalah pada 8  pagi  Khamis ini,” katanya

Suhaimi berkata pihaknya juga telah menggerakkan 129 lori tangki ke premis kritikal seperti hospital,  pusat dialisis dan kawasan  perumahan.

Sejumlah 1,196,457 pemegang akaun Air  Selangor  membabitkan  1,292  kawasan  di  Lembah  Klang  mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat LRA Sungai Selangor dihenti tugas,

ekoran  pencemaran sumber air mentah pada Isnin lepas.

— BERNAMA