BEIJING – India menyerahkan seorang tentera China yang berkeliaran di kawasan sempadan dengan India di wilayah Himalaya, menurut laporan akhbar rasmi tentera China, PLA Daily.
Anggota tentera itu diserahkan pada awal pagi ini, menurut laporan tersebut seperti dipetik Reuters.
Kedua-dua negara mengerahkan beribu-ribu anggota tentera di wilayah tersebut selepas pertempuran yang meragut nyarwa pada Jun lalu.
Negara-negara yang dilengkapi dengan senjata nuklear berhadapan dengan konfrantasi di sempadan di wilayah Ladakh, dengan tentera bertempur dan melepaskan tembakan ke udara. – MalaysiaGazette