Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, arahan kehadiran bertugas itu adalah terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services).
Langkah itu diambil bagi mengukuhkan usaha mencegah penularan wabak COVID-19 di kawasan terbabit.
Katanya, ketetapan dalam Surat Edaran JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (2) bertarikh 17 Mac 2020, dan ketetapan dalam Surat Edaran JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (6) bertarikh 2 Mei 2020 masih terpakai.
Mohd Khairul Adib berkata, semua aktiviti secara bersemuka seperti mesyuarat, perbincangan atau latihan tidak dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya manakala dokumen rahsia rasmi adalah tidak dibenarkan untuk dibawa keluar.
Beliau mengingatkan ketua jabatan agar memastikan pematuhan sepenuhnya semua peraturan, garis panduan dan surat edaran yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
“Arahan ini juga dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang dikenakan PKPB sehingga tamat tempoh PKPB, tertakluk kepada mana-mana arahan yang akan diumumkan kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette