Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk memberikan diskaun mahupun pengecualian bil air kepada kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak 19 Oktober lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebaliknya berkata, bayaran rebat itu sebaiknya digunakan untuk menambah kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengesan pencemaran di sepanjang Sungai Selangor.
“Kalau kita bagi rebat sekitar RM2 sebagai contoh, kita memerlukan kos lebih kurang RM4 juta, itu kita dah kira.
Setakat rm2 tu.. Kami b40 dan m40 mampu bayar.. Baiki perkhidmatan keperluan asas
Wartakan blue print.. Pelan pembersihan sungai, kawalan kawasan tadahan air, perbaiki sistem peparitan dsn saliran supaya air sisa tak mengalir ke sungai (guna sistem 2 parit besar di kiri dan kanan sungai utama) utk kegunaan LRA.
Kempen ekosistem dengan rumpai air di kawasan hulu sungai utk tingkatkan kualiti air.
Warta undang2 anti pencemaran yg lebih tegas dan tingkatkan pemantauan dan pemerhatian.
Baru la cerita pasal drone atau tambah sumber manusia..
Aduhai negeriku
Malas nk komen. Cerita yg sama berulang ulang
Tambah pegawai pun x guna klu x cekap. Ianya hanya menambah beban yg sedia ada. Pegaeai yg sedia ada ini pun cukup klu mereka betul2 buat kerja.