Home Ekonomi Petronas dan Johor Port kendali jeti Pengerang

Petronas dan Johor Port kendali jeti Pengerang

Kuala Lumpur- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), PRPC Utilities and Facilities Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian dengan anak syarikat Johor Port Bhd. untuk mengendalikan jeti produk pepejal di Kompleks Bersepadu Pengerang.

Petronas dalam kenyataannya berkata, PRPC Utilities menandatangani perjanjian tersebut dengan SPT Services Sdn. Bhd. untuk menyediakan peralatan dan sistem operasi serta mengurskan operasi serta penyenggelaraan jeti tersebut.

Jeti tersebut telah direka bentuk untuk menguruskan pengeluaran oleh Kompleks Bersepadu Pengerang serta memastikan eksport kontena polimer dan sulfur dilakukan mengikut jadual.

Perjanjian ditandatangani oleh Naib Presiden Kanan Petronas dan Pengerusi PRPC Utilities, Dr. Colin Wong Hee Huing dan Pengarah SPT Service, Shahrull Allam Shah Abdul Halim di Menara Berkembar Petronas dekat sini.- MalaysiaGazette