KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau akan bersara pada September ini.
“Ya, saya akan bersara wajib pada September ini. Saya akan berusia 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, DCP, Datuk Mahamad Akhir Darus yang akan bersara pada 18 Jun ini menyerahkan tugas kepada Ketua Polis Brickfields, SAC Sharul Othman Mansor.- MalaysiaGazette