Home Seni Hidup Farah Nabilah sudah bergelar ibu

Farah Nabilah sudah bergelar ibu

Foto Instagram Farah Nabilah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Farah Nabilah bergelar ibu selepas dia selamat bersalin cahaya mata sulung lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang, Selangor semalam.

Bagaimanapun, menerusi Instagram, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkongsikan wajah dan nama yang diberi buat putera sulungnya itu.

“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki yang sihat pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fara akan kongsikan nama dan wajahnya bila tiba masanya ya.

“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulis wanita berusia 28 tahun ini.

Farah bergelar isteri kepada juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019 selepas berkenalan sejak sembilan tahun lalu. – MalaysiaGazette