Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan dari Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya semalam.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam masa terdekat ini di Istana Negara.