KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah harapan terakhir untuk mengelak pengisytiharan darurat yang didakwa tidak wajar dilakukan Perdana Menteri.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan cubaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon perkenan YDPA terhadap perisytiharan darurat dengan alasan palsu untuk menangani penularan gelombang ketiga Covid-19 yang semakin meningkat.
”Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan hadapan kita sudah tidak mampu mengawal keadaan tersebut sehingga darurat seluruh negara diperlukan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sedangkan, golongan profesional perubatan telah menyatakan langkah-langkah semasa seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sudah memadai dan pada masa yang sama membantu mengurangkan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi rakyat.
Guan Eng berkata, perkara ini jelas tiada kaitan dengan Covid-19 ketika laporan daripada akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA secara terbuka mengakui pengisytiharan darurat adalah untuk mengelakkan Belanjawan 2021 dikalahkan dan menghentikan seketika ‘aktiviti politik’.
Dakwa Kit Siang, media itu melaporkan Belanjawan 2021 akan dibentangkan kepada Kabinet dan dapat diluluskan tanpa undian daripada semua 222 Ahli Parlimen kerana Parlimen sudah tidak berfungsi dalam keadaan darurat.
Kesan darurat adalah ia akan memusatkan kuasa kepada Perdana Menteri dengan mengorbankan Parlimen, merosakkan ekonomi dan menyebabkan kehilangan keyakinan yang teruk.
”Apa yang jelas, Tan Sri Muhyiddin telah hilang majoriti di Parlimen dan dia tidak mempunyai keyakinan untuk memenangi undian Belanjawan di Parlimen.
“Bahkan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengakui bahawa pelaksanaan kuasa darurat adalah untuk mengelakkan pilihan raya, yang secara tidak langsung mengakui ‘rancangan besar’ untuk melindungi kedudukan mereka yang berkuasa,” ujarnya.
Tegas Guan Eng, sekiranya Muhyiddin serius mahu mengatasi krisis Covid-19, beliau harus meletakkan jawatan kerana kelemahannya untuk tidak melaksanakan kuarantin penuh di rumah kepada mereka yang kembali dari Sabah berikutan pilihan raya umum Sabah.
Sebaliknya, beliau dan Perikatan Nasional telah memilih untuk meruntuhkan demokrasi berparlimen dengan cubaan perisytiharan darurat untuk mengorbankan rakyat dan ekonomi negara demi menyelamatkan dirinya dan mengekalkan kekuasaan dengan apa cara sekalipun. – MalaysiaGazette
Bodoh punya guan eng.. Din pagoh letak jawatan pastu bang non gaduh ngan sapie bedal nak jap pm. Last2 kena buat pru15. Pastu satu malaysia kena convid???. Otak pakai la sikit, jgn letak kat lutut.
DApigs tahu yg paling teruk terkena kesan covid-19 tu siapa… Tauke2 DApigs masih terus menikmati limpahan penghapusan GST kerana tidak perlu lagi declare input tax/ laporan transaksi perniagaan…..yg tertipu tu siapa… Kitaaa jugak