NEW YORK – Harga minyak jatuh ke paras terendah menghampiri paras paling rendah dalam tempoh enam bulan disebabkan inventori global yang tinggi berikutan peningkatan pengeluaran minyak mentah di Nigeria, Libya dan Amerika Syarikat yang bakal menyumbang kepada kemelut lebihan bekalan walaupun OPEC dan sekutu-sekutunya telah melakukan pemotongan.
Dolar meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dua minggu menyebabkan minyak semakin mahal kepada pembeli yang menggunakan matawang lain.
Eksport minyak Arab Saudi dijangka jatuh ke paras bawah tujuh juta tong sehari pada musim panas ini manakala eksport minyak Rusia dijangka kekal pada suku ketiga.
Minyak mentah Brent jatuh ke paras AS446.92 setong ketika ditutup manakala minyak mentah Amerika Syarikat jatuh 27 sen kepada AS$44.46 setong selepas merekodkan paras terendah dalam tempoh enam bulan pada AS$44.32 setong.- MalaysiaGazette