Puluhan pengamal media dan agensi berkaitan yang akan bertugas dan berada di sekitar kawasan Istana Negara diingatkan pihak polis agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Pagi ini, pengamal media telah memenuhi kiri dan kanan bahu jalan di hadapan pintu pagar 2 Istana Negara untuk mendapatkan perkembangan terkini sebarang pergerakan berikutan mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang akan diadakan pada pukul 2.30 petang.