KUALA LUMPUR- Tidak menunggu lama, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu kerana memuat naik hantaran meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan di Twitternya.
“Laju bang Mat ambil kesempatan.
“Eh.. ini game elefan (elephant atau gajah) lawan elefan. Kenapa tertiba dia menyibuk pulak?” katanya dalam satu hantaran di Facebook sambil mengepil bersama sekeping tangkap layar ciapan Mat Sabu di Twitter.
Bagaimanapun ciapan tersebut telah dipadamkan Mat Sabu sebelum diganti dengan yang baharu tanpa menyebut apa-apa pun yang berkaitan politik.
Dalam ciapan yang dipadam itu, sambil menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana tidak memperkenankan permohonan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat, bekas Menteri Pertahanan itu juga meminta Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan secara elok.
Katanya, ahli-ahli Parlimen yang lain akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia.
Ciapan itu dikecam warga net kerana bertentangan dengan peringatan Seri Paduka Baginda yang mahu semua ahli politik tidak bermain politik sehingga menjejaskan kestabilan pentadbiran negara dan menyusahkan rakyat.- MalaysiaGazette
Sibuk jer MAt Sabu ni..ko tu ada berapa kerusi? Sibuk jeerrrr
Bukan elefen tp penyamun vs penipu
anak sendiri masuk dlm
nk buruk kn org
Mat sabuk pencacar angkut tahi puak2 dap kafir harbi.