PUTRAJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadi yang tiba di Perdana Putra jam 9.20 pagi mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin lebih dua jam.
Kenderaan yang membawa Hadi dilihat meninggalkan perkarangan Perdana Putra jam 11.30 pagi.
Tiada kenyataan daripada Hadi kerana kenderaan yang membawanya memecut laju meninggalkan Perdana Putra.
Tiga minit kemudian, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran keluar Perdana Putra melalui pintu yang sama dengan Hadi.
Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara itu hanya melambai kepada media tanpa berkata apa-apa kepada media.
Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Bangunan Perdana Putra sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet, hari ini.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak menyertai mesyuarat Muhyiddin bersama Vigneswaran dan Hadi. – MalaysiaGazette