Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 serta Plaza Hentian Kajang bermula 12 tengah malam, 28 Oktober hingga 10 November 2020.
Pengumuman yang dibuat Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melibatkan kawasan di Flat Sungai Emas, berikutan terdapat 42 individu didapati positif COVID-19 selepas 1,044 saringan dijalankan KKM sehingga 24 Oktober 2020.