Home MG Flash Muhyiddin Tunggu Calon TPM Dari UMNO | EDISI MG 2ptg – 28...

Muhyiddin Tunggu Calon TPM Dari UMNO | EDISI MG 2ptg – 28 Oktober 2020

Selepas perdebatan hangat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, parti itu bersetuju terus menyokong Perikatan Nasional, tetapi secara bersyarat, termasuk memperjuangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan meminta perundingan semula dengan Bersatu.

Menurut Sumber, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bukannya enggan melantik wakil UMNO untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, namun, pencalonan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak dapat diterima kerana beliau mempunyai kes mahkamah.