KAJANG – Bermula tengah malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah mula dilaksanakan di Plaza Hentian Kajang di Jalan Reko selepas merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 63 individu.
Tinjauan MalaysiaGazette sejak awal pagi tadi mendapati lokasi yang selalunya menjadi tumpuan umum untuk pelbagai kegiatan hari ini lenggang berikutan perlaksanaan PKPD.