KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa supaya melakukan siasatan terhadap seorang lelaki berbangsa India yang didakwa memuat naik satu rakaman berbaur hasutan terhadap bangsa Melayu serta menghina kesucian agama Islam.
Gesaan itu disuarakan beberapa NGO yang melihat rakaman bertajuk “Cara Menghapus Ego Melayu Yang Rasis” oleh individu bernama Haridas Kolandavellu sebagai suatu perbuatan yang melampau serta telah membangkitkan kemarahan terhadap orang Melayu.
Rata-rata wakil-wakil NGO berkenaan yang ditemui, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki India terbabit kerana sengaja membakar bara dengan bermain sentimen bangsa ketika negara sedang berdepan dengan situasi penularan wabak Covid-19.
Setiausaha Agung Armada Malaiu Malaysia, Nazri Che Arr berkata, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh lelaki India terbabit menerusi rakaman itu yang sememangnya boleh membangkitkan rasa sakit hati kepada mereka yang menonton.
“Apa yang kerajaan tidak buat atau beri kepada kaum India di negara ini.
“Kenapa lelaki India ini mahu membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dengan membuat rakaman semacam itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd Nor Izzat Mohd Johari pula menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen menyiasat kerakyatan individu terbabit yang sememangnya diragui.
Ini kerana beliau berkata, perbuatan Kolandavellu itu tidak mencerminkan dia seorang yang tahu dengan undang-undang serta asas Perlembagaan dan raja-raja serta bangsa Melayu.
“Kalau dia rakyat Malaysia sudah tentu dia akan tahu dengan peruntukan Perlembagaan negara ini dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang perlu dihormati,” tegasnya.
Tambah beliau, pihak berkuasa juga perlu menyiasat secara keseluruhan sama ada perbuatan individu terbabit didalangi oleh orang politik yang mungkin memberi upah untuk dia melakukan perkara sedemikian.
“Saya tidak menuduh, tapi mungkin ada pembabitan orang politik kerana sejak akhir-akhir ini perkara seperti ini kerap kali berlaku.
“Jika ada, siasat sekali orang politik terbabit dan tangkap dia jika terlibat sama,” ujarnya.
Sementara itu, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nazirul Afiq Hanafi meminta semua pihak agar tidak sesekali membangkit sesuatu perkara melibatkan kaum untuk dijadikan isu.
Ini kerana katanya, ia boleh menimbulkan kesan yang tidak baik kerana fokus utama ketika ini adalah langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19.
“Sepatutnya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku. Tapi disebabkan ada ‘beruk-beruk’ yang semacam itu ia seolah-olah mahu mencari gaduh sedangkan usaha kita ketika ini bukanlah untuk perkara-perkara seperti itu,” katanya. – MalaysiaGazette
Padan muka..dah muak dengar…dari dlu dah brpa kali org melayu dan agama islam di hina..tapi sekadar laporan polis je yg di buat tapi selepas tu pihak berkuasa senyap…kata org berdentum bunyi je yg kuat..bagi lah satu pengejaran baru lah org hormat dgn bangsa dan agama islam…klau asyik oh tk apa kita maafkan jadi klau org nk buat pun oh tk apa kita kutuk dan hina saja mereka akan maafkan….jadi begini lah jadi nya akan terus di malukan.