KUALA LUMPUR- Kementerian Perpaduan Negara akan menutup operasi Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Genius Perpaduan (TGP) di Kuching, Sarawak bermula 30 Oktober sehingga 13 November 2020.
Ia susulan pengisytiharan Kuching sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut berkata, arahan itu akan melibatkan penutupan operasi 43 Tabika dan 1 Taska Genius Perpaduan dengan 830 orang kanak-kanak dan 92 orang tenaga pengajar.
Dalam pada itu, Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua jentera perpaduan di zon-zon merah untuk mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan.-MalaysiaGazette