KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa menerima kritikan hebat daripada warga net apabila beliau menunjukkan beberapa keping gambar lakaran artis Quranic Village di Twitternya hari ini.
“Alhamdulillah rekabentuk Quranic Village telah hampir siap.
“Pada dasarnya kerajaan sudah bersetuju.
“Peruntukan awal sudah diluluskan dan tapak 20 ekar juga sudah diluluskan. Kita akan memulakan pembinaan pada 2021.
“Satu-satunya projek di dunia Islam..biar Malaysia mempeloporinya,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.
Bagaimanapun, kebanyakan respon yang diterima daripada ciapan tersebut adalah bersifat negatif.
Rata-rata warga net mahukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kewangan yang lebih banyak kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketika ini sedang berada di barisan hadapan dalam memerangi Covid-19.
Malah, warga net juga mahu kerajaan membantu rakyat yang sedang kesusahan akibat daripada Covid-19 dan bukannya menggunakan wang tersebut untuk membina satu lagi mercu tanda yang menurut mereka bakal menjadi projek gajah putih.
“Sementara itu, KKM terpaksa crowdfund (mengutip derma) untuk menyelamatkan nyawa,” balas seorang pengguna Twitter @MissKate.
@SaraTheBlues pula menjawab “Apakah kita benar-benar perlukan projek ini sekarang? Dengan segala hormatnya saya tidak menentang projek ini tetapi waktunya tidak kena. Duit pembayar cukai sepatutnya pergi kepada dana Covid-19. Mengapa menteri-menteri kita tidak membuat keputusan tegas dalam membantu membendung Covid-19 dan sebaliknya berkempen untuk pilihan raya.”
“Kegilaan apakah ini? Makanan untuk penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan tiada, KKM minta derma dengan rakyat untuk selesai krisis Covid-19..Kau hendak buang berjuta-juta untuk ini?” kata @unclelucq pula.
Pada Julai lalu, Annuar mengumumkan projek Quranic Village dengan kos kira-kira RM150 juta sedang dirancang untuk dibangunkan di Putrajaya.
Ini bagi meluaskan wilayah itu sebagai pusat pembelajaran Al-Quran.
Katanya, Quranic Village itu nanti akan turut merangkumi sebuah masjid dan beberapa buah studio. – MalaysiaGazette
nak tunjuk islam biar pun imannya sekulit lokam. kan ini kerajaan melayu islam.
Ianya projek yang amat bagus!
Cuma buat masa sekarang teruskan usaha dan fokus ‘mengawal’ COVID-19 dahulu! Usaha membasmi sangat bergantung kepada keberkesanan vaksin yang entah bila akan berada dipasaran!
Diharap nanti projek diatas dapat teruskan!
Terbaik lh..aku skong projek ni..tapi aku sokong juga krjaan bg lbhan kpd kkm juga, sama2 jalan, projek jaln, pruntukan utk kkm pun jln..org yg bantah tu, biasa lh org kafir n org yg tak suka kepd pembangunan utk islam..kita jln kn dua2 projek dn prunyukan utk kkm..netizen di luar sana tak pyh jadi org gila talak, tak tentu pasa nk mroyan…krjaan tak pnh abaikan kbajikan rakyak..jgn duk lyn sgt org kafir ni…ini ngra islam, org kafir tak plu nk bising2..lbh baik diam drpd bising ya..ingat, pendatang buat cara mcn pdtang ya.. Kamu sokong dua2, projek n bntuan utk kkm.
Budget 2021 banyak menekankan untuk KKM
Sebab itu ia semestinya disokong, bukannya mau di sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Balik-balik berebut jawatan PM
Balik-balik mau jatuh kan Kerajaan
Balik-balik mencalonkan diri sendiri
Rakyat dah muak bila lagi mau berhenti
Tunggu saja lah Pru15 bila sampai masa nya.
#rakyatmenderita
#mpberebutkuasa
Yang bantah jelasssssss kapirrrrr