KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempertimbangkan semula cadangan pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kegunaan rakyat yang terkesan dengan Covid-19.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia perlu dibenarkan ketika rakyat kebanyakannya terjejas sumber pendapatan dan hilang pekerjaan selepas kerajaan melaksanakan langkah pencegahan pandemik itu.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan sejak 18 Mac lalu memberi kesan ekonomi kepada rakyat khususnya mereka yang bekerja sendiri atau berniaga secara kecil-kecilan, katanya.
“Kalau penggunaan wang itu melibatkan antara hidup dan mati, bagi dia tentu hidup sekarang daripada dia mati tak pasal-pasal.
“Cadangan itu saya rasa patut dipertimbangkan sebab KWSP ini simpanan masa depan, kita kalau dua tiga hari atau mati hari ini, tak hidup pada masa depan.
“Walaupun asasnya tidak dibenarkan tapi kalau melibatkan kes-kes yang terlalu kritikal, ia patut dibenarkan, lagi pun itu duit rakyat.
“Masa depan tak siapa pun tahu, jadi kita rasa elok dipertimbangkan supaya kita boleh guna duit kita,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Beliau mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM10,000 secara one-off dari akaun satu KWSP bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil merasakan cadangan itu sukar dilaksanakan pada waktu ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan masa depan pencarum.
Nadzim juga menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan itu hanya kepada kes-kes tertentu sahaja termasuk kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat akibat langkah PKP.
“Kerajaan perlu menilai semula kepada kes-kes yang benar-benar kritikal dan mendesak seperti rawatan pembedahan, kalau tunggu sudah pasti dia mati dulu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
SOKONG PPIM.ITU DUIT RAKYAT.KENAPA KERAJAAN NK TAHAN2 DLM SITUASI HARI INI?..PELIK JUGAK.DUIT RAKYAT SIMPAN DLM JANGKAMASA YG LAMA TDAK DIBENARKAN KELUAR.MCMANA KATA AMBIL BERAT KEBAJIKAN RAKYAT ?..SEDANGKAN AJAL MAUT BLUM TENTU SAMPAI UMOR 55TAHUN.APA SALAHNYA RAKYAT NK AMBIL DUIT MEREKA?..
tapis..bagi kepada sesiapa yg memerlu kan saje contoh hilang pekerjaan dll…kalau semua bole bertambah la jahanam org melayu…boros
Bukan semua duit dlm akaun 1 tu dlm bentuk cash. Kwsp dan gomen ada labur kebanyakn dana tu. Ingat dividen kwsp kasi tu petik dari pokok? Gomen kena kaji banyak faktor sblm decide.mmg la ni susah tp ke depan nti kena prepare gak. Kita boleh amik iktibar kisah Nabi Yusuf sama. Pndpt aku la..