Home Ekonomi Sukar tak bermaksud mustahil, kata Najib

Sukar tak bermaksud mustahil, kata Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak. foto ISKANDAR HAMIDI, 10 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Dalam masa yang sama kata beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membeli bon dari pasaran tempatan sekiranya perlu untuk membantu KWSP sekiranya diperlukan, cadang Datuk Seri Najib Razak.

“Langkah BNM ini tidak berbahaya sebab Malaysia dan dunia kini dalam zaman inflasi negatif akibat ekonomi yang tertekan. KWSP juga boleh memilih untuk membayar pengeluaran one-off ini secara bulanan dalam tempoh tiga bulan atau enam bulan,” kata mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu Najib menganggarkan sejumlah RM45.7 bilion diperlukan sekiranya semua pemohon skim i-Lestari mahu mengeluarkan RM10,000 daripada akaun masing-masing.

“Itu pun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak,” tambahnya.

Secara tidak langsung jelas Najib, dengan membenarkan Akaun 1 KWSP dikeluarkan, ekonomi tempatan dapat dirancakkan semula kerana rakyat mempunyai kuasa beli yang lebih.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen PekanĀ  itu menyifatkan pelaksanaan pengeluaran wang KWSP dari Akaun 1 tidak mustahil untuk dilaksanakan.

“Dan bila duit ini sampai ke rakyat terdesak dan dibelanjakan, ekonomi tempatan juga dirancakkan. (Jangan guna duit ini untuk beli iPhone 12 pulak).

“Ini zaman norma baharu. Sebab itu, norma baharu dan kaedah baharu juga diperlukan dalam pendekatan kerajaan untuk membantu rakyat serta merancakkan ekonomi.

“Sukar untuk membenarkan tak bermaksud mustahil untuk dilakukan. Nak, seribu daya… Pada masa depan setelah ekonomi pulih apabila krisis Covid-19 berlalu, barulah kerajaan dan pencarum cari jalan untuk pulihkan simpanan usia tua kita di KWSP,” katanya lagi.

Terdahulu semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sukar bagi kerajaan untuk membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias pula berkata akses kepada simpanan akaun satu bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang tunai.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan kewangan langsung melalui PRIHATIN, PRIHATIN SME +, PENJANA, dan KITA PRIHATIN berjumlah RM55 bilion untuk B40 dan M40.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan sukar benar pengeluaran akaun 1 KWSP – PM

3 Komen

  1. Btul lah kata najib tu…kau kata ada bantuan lain…kau fikir semua org dapat ke tu…kata lah sy tk buat apa2 perniagaan boleh kah sy dpt bantuan penjana?..fikir lah lojik lah sikit…kita yg dah di berhentikan kerja ni..rasa- rasa bila covid dah berakhir boleh terus dapat kerja ke?..rm10k apa sangat lah…kau jimat2 guna pun boleh dlm 10 bulan gitu..tp itu dah kira bagus bagi yg tk ada hutang..tp sekurangnya tk lah terlalu terbeban sangat dgn masalah kewangan.

  2. Duit penyimpan adalah hak penyimpan, sekarang 1 dunia mengelami kecemasan, maka waktu ini untuk keluar simpanan kwsp untuk tampung hidup bila diberhentikan kerja. SOCSO pun dah senyap sekarang ini.

Comments are closed.