Home Seni Hidup Jawatan kosong Naib Canselor UKM curi perhatian ramai

Jawatan kosong Naib Canselor UKM curi perhatian ramai

Iklan jawatan kosong Naib Canselor UKM.

KUALA LUMPUR –  Jawatan Naib Canselor (VC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kosong berkuat kuasa mulai esok kini boleh dimohon oleh individu yang berkelayakan.

Iklan jawatan kosong itu disiarkan oleh akhbar itu mencuri perhatian netizen.

Ini kerana mereka berpendapat jarang-jarang jawatan tertinggi di instusti pengajian tinggi awam membuka permohonan secara terbuka.

Malah ada yang memuji iklan tersebut kerana memberi peluang kepada individu kelayakan untuk mencuba nasib.

Malah ada yang berkata kebiasaannya jawatan Naib Canselor itu dikaitkan dengan individu yang menjadi pilihan menteri dan kerajaan.

Sementara itu, jawatan Naib Canselor UKM itu bakal kosong selepas Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang baharu berkuat kuasa mulai esok hingga 31 Oktober 2023.

Pelantikan itu dibuat selepas Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam bersidang dan membuat penilaian terhadap calon-calon pada 5 Oktober lalu, kata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau akan menggantikan Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim Hashim yang akan tamat kontrak pada 31 Oktober 2020.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor UKM selama hampir dua tahun selain memegang jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya.

Naib Canselor UKM sebelum ini adalah Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali yang berakhir pada 31 Disember 2018 dan beliau kini adalah Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi. – MalaysiaGazette