AMERIKA SYARIKAT – Pelakon pertama siri James Bond, Sir Sean Connery meninggal dunia di Bahamas hari ini.
Beliau yang berusia 90 tahun itu mati dalam tidur.
Sebelum itu, kesihatannya tidak stabil sejak beberapa tahun lalu.
Beliau juga dikenali antara pemegang watak terbaik ejen rahsia British 007 sepanjang zaman.
Selain James Bond, Connery juga dikenali dalam beberapa filem Hollywood lain seperti The Hunt For Red October, Indiana Jones, Last Crusade dan The Rock.
Sepanjang kariernya, aktor berdarah Scottish pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Oscar, dua Anugerah Bafta dan tiga Golden Globes.- MalaysiaGazette