Home Nasional Belanjawan 2021: Pembangkang bertemu Menteri Kewangan

Belanjawan 2021: Pembangkang bertemu Menteri Kewangan

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu hadir untuk mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mengenai Belanjawan 2021 di Kemterian Kewangan, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2020

PUTRAJAYA – Beberapa pemimpin pembangkang dari parti DAP dan Amanah dan DAP tiba di Kementerian Kewangan kira-kira pukul 3 petang tadi bagi mengadakan pertemuan berhubung Belanjawan 2021 dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MalaysiaGazette mendapati antara pemimpin yang hadir termasuklah bekas Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Tony Pua, Liew Chin Tong, Ong Kian Ming dari DAP.

Manakala PKR pula dihadiri oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Nik Nazmi Nik Ahmad, Akmal Nasir dan Wong Chen manakala Amanah pula Presidennya, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Dzulkulfly Ahmad.

Bekas Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hadir untuk mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mengenai Belanjawan 2021 di Kemterian Kewangan, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2020pembanpe

Pertemuan itu berikutan keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH sebelum ini yang mahu kerajaan membincangkan Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, kemudian mendapat sokongan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.

Semalam Tengku Zafrul ada mendedahkan beliau akan mengadakan dengan beberapa pemimpin pembangkang membincangkan Belanjawan 2021 yang akan dibentang minggu hadapan.

Mesyuarat bersama pemimpin pembangkang ini dilaporkan akan berlangsung bermula pukul 3 hingga 5 petang ini. -MalaysiaGazette