Home Ekonomi UniFi dapat 1 juta pelanggan

UniFi dapat 1 juta pelanggan

KUALA LUMPUR – Pelanggan UniFi sudah mencecah angka sejuta dan menjadi pencapai penting Telekom Malaysia Bhd. (TM).

Menurut Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan PKS TM berkata, Imri Mokhtar berkata, UniFi telah berkembang secara konsisten sehingga berjaya meraih sejuta pelanggan.

“Kami khususnya bersyukur kerana memperoleh pencapaian ini dalam bulan yang mulia, semasa kami di TM meraikan #KeajaibanRamadan.

Buat kami, inilah yang membawa kepada #KeajaibanUniFi dan kami raikan 1 juta pelanggan UniFi kami sebagai ‘Keajaiban Sejuta’ – andalah keajaiban kami, dan kami tidak akan berjaya melakukannya tanpa para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Serentak itu juga, TM akan menyumbang RM1 juta kepada 100 badan bukan kerajaan (NGO) terpilih manakala pelanggan ke sejuta pula diberi penghargaan untuk memilih 10 daripada senarai NGO berkenaan di atas nama beliau.

Tambah Imri, bagi menzahirkan penghargaan kepada para pelanggan UniFi, TM akan membuka semua saluran HyppTV dan aplikasi HyppTV Everywhere dari 19 Jun sehingga 18 Julai 2017.

“Kami juga melanjutkan pengalaman hiburan ini kepada semua pelanggan Streamyx 8Mbps dan Streamyx 4Mbps dengan set-top box HyppTV.

“Dengan lebih 100 saluran merentasi pelbagai genre, anda boleh menikmati pengalaman tontonan menyeluruh sambil mengeratkan silaturrahim bersama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang tersayang pada bila-bila masa, di mana sahaja sepanjang musim perayaan tidak lama lagi,” katanya lagi.- MalaysiaGazette