Home Ekonomi IPG bulan Oktober diaktifkan

IPG bulan Oktober diaktifkan

gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bulan Oktober diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Lembaga Getah Malaysia berkata, bayaran untuk Semenanjung ialah RM 0.10 sekilogram; Sabah (RM0.40) dan Sarawak (RM0.35).

Para pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Oktober 2020 mulai 1 hingga 30 November 2020.

IPG diaktifkan berikutan harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah RM2.40 sekilogram di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak masing-masing RM2.10 dan RM2.15.

LPG berkata, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah. – MalaysiaGazette