Perkembangan terkini kes Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari tadi menyaksikan jumlah kes yang pulih hari ini iaitu sebanyak 900 kes melebihi catatan kes baharu positif wabak tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, sebanyak 834 kes positif direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif positif Covid-19 dalam negara setakat ini adalah sebanyak 33,339 kes.