Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan peralatan perubatan Sabah berada kini di tahap kritikal.
Sebaliknya beliau berkata, kapasiti peralatan termasuk Pakaian Pelindung Diri (PPE), katil dan alat bantuan pernafasan di hospital masih mencukupi. Katanya lagi, pihaknya sentiasa memantau semua hospita di Sabah agar tidak berlaku kekuarangan bekalan peralatan.
“Kita masih memantau perkembangan dan juga stok untuk PPE (Pakaian Pelindung Diri) di Sabah. Setakat ini kita masih lagi boleh bertahan 29 hari tapi ada PPE yang kita boleh bertahan 97 hari, jadi kita juga banyak menerima sumbangan PPE dari kerajaan negeri Sabah dan NGO-NGO.