Thursday, November 28, 2024
Home Dunia Mahkamah Kuwait bebaskan 2 pegawai keselamatan negara terlibat skandal 1MDB

Mahkamah Kuwait bebaskan 2 pegawai keselamatan negara terlibat skandal 1MDB

DUBAI – Mahkamah Jenayah Kuwait membebaskan dua pegawai keselamatan kanan negara semalam, selepas mereka ditahan selama dua minggu di Penjara Pusat atas dakwaan terbabit membocorkan rakaman berkaitan skandal dana kerajaan Malaysia

Menurut akhbar Al Qabas, mahkamah juga menangguhkan perbiacaraan kes itu kepada 23 November ini bagi memanggil Timbalan Pengarah Agensi Keselamatan Negara bagi mendengar keterangannya.

Pembebasan pegawai yang merupakan antara tujuh pegawai berprofil tinggi Kuwait yang didakwa mengintip akaun warga dan Ahli Parlimen Kuwait selain bersengkokol dengan suspek-suspek yang terbabit dengan skandal dana Malaysia itu (1Malaysia Development Bhd. – 1MDB). Lima pegawai berada di luar negara.

Akhbar itu melaporkan kes tersebut dijangka diputuskan selepas perbicaraan seterusnya dan hukuman ke atas dua pegawai berkenaan serta lima pegawai lain yang berada di luar negara akan dilakukan.

Al Qabas yang memetik laporan media lain berkata, dua pegawai itu adalah Faisal Al Salman yang merupakan ahli keluarga pemerintah dan Nasser Al Tayyar.

Skandal dana tersebut dan -‘kebocoran keselamatan negara’ menarik perhatian umum beberapa bulan lalu selepas akaun twitter rakyat Kuwait menyiarkan rakaman berkaitan dana Malaysia yang dilakukan pada 2018 bocor.

Pada Ogos lalu, Kementerian Dalam Negeri menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat kebocoran rakaman itu dan menggantung pegawai tersebut. Kementerian tersebut turut merujuk kes itu kepada Pejabat Pendakwaraya Awam.

Pada 7 September lalu, Pendakwaraya Awam menahan dua pegawai dan mereka tertakluk kepada siasatan terhadap dakwaan khianat dan pecah amanah selepas mereka didakwa mencuri dokumen dan rekod rahsia berkaitan keselamatan Kuwait pada 2019 dan membocorkannya.

Seminggu selepas itu, pendakwaraya memutuskan untuk membebaskan pegawai-pegawai tersebut dengan ikat jamin sebanyak Dinar Kuwait 5,000 setiap seorang sebelum mereka ditahan sekali lagi oleh mahkamah. – MalaysiaGazette