KUALA LUMPUR – Harga FGV Holdings Bhds (FGV) lebih tinggi, meningkat satu sen kepada RM1.04, dalam sesi awal dagangan pagi ini, walaupun terlibat dalam isu perjanjian pajakan tanah (LLA) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Pada pukul 11.05 pagi, sejumlah 1.74 juta saham bertukar tangan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, FGV menggesa agar Felda untuk menghentikan sebarang siaran media berhubung isu itu dan berbincang dengan pihaknya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan bersama mengenai syarat yang dipersetujui menurut terma dan syarat LLA.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Felda Tan Sri Abdul Wahid Omar mengumumkan perkara itu pada 30 Okt.
Pada 28 Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan agar FELDA menamatkan LLAnya dengan FGV Holdings.
Namun, beliau tidak menyebut jumlah pampasan yang perlu dibayar Felda kepada FGV, yang mana ia menguasai 33.66 peratus kepentingan, hasil daripada penamatan LLA. – MalaysiaGazette
dari 4.50 tinggal seringgit??? . puas hati najib tipu peneroka felda. rasuah 15 ribu satu keluarga untok menjayakan penipuannya.