ARGENTINA – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otaknya awal pagi tadi.
Dr Leopoldo Luque yang mengetuai pembedahan itu berkata, pasukannya berjaya membuang darah beku dan Maradona kini berada dalam dengan baik.
Pembedahan itu dijalankan di klinik persendirian dekat Buenos Aires itu.
“Pembedahan melibatkan sedikit saluran dan Maradona masih dalam pemantauan,” katanya.
Isnin lalu, Maradona, 60, dihantar ke hospital dekat La Plate iaitu bandar dia menjadi jurulatih Gimnasia y Esgrima. – MalaysiaGazette