KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman menjelaskan dia tidak pernah menghalang anak-anaknya berjumpa bekas suaminya, Mohd. Amin Yasin selama ini.
Beliau yang popular dengan panggilan Datuk Vida berkata, sebaliknya dua anaknya yang tidak mahu berjumpa bapa mereka kerana takut.
Semalam, Mohd Amin telah memfailkan hak penjagaan terhadap dua anak mereka iaitu Nur Edlynn Zamileen (Cik B) 15, dan Muhammad Eric Zecquan (Kacak), 13, selama hampir dua tahun.
Saman tersebut dikemukakan Mohd Amin yang juga ahli perniagaan pada 21 Oktober lalu dan sebutan kes dibacakan di di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutti.
Peguam Mohd Zaki Zainal Abidin, yang mewakili Mohd Amin ketika ditemui berkata, anak guamnya hanya memohon hak lawatan dan tidak berniat untuk menuntut hak penjagaan anak-anak.
Sementara itu, Vida enggan mengulas lanjut mengapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa kandung mereka namun mendedahkan bekas suaminya ada menghubungi pembantu peribadinya untuk meminta wang.
“Saya tidak mahu besarkan cerita dan adalah lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.
Katanya, dia amat merindui dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen. – MalaysiaGazette
elok dibincang secara harmoni dan berhemah. buang yang keroh ambil yang jernih. win-win situation