Belanjawan 2021 merupakan agenda penting dalam usaha kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan kepada golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19 lebih-lebih lagi ketika negara dilanda gelombang ketiga.
Pelbagai pandangan dan saranan disuarakan rakyat supaya tidak ada golongan yang tercicir mahu pun dipinggirkan ketika Belanjawan 2021 dibentang pada Jumaat.