KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad, 37, mengesahkan dia antara individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, tiada apa-apa yang berlaku kerana dia tidak terbabit dengan kes ini.
“Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Sebelum ini media melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.
Ditanya tarikh sebenar kedai minuman kendaliannya itu akan beroperasi, Nabil berkata, menyerahkan segala-galanya kepada Shuib Sepahtu.
“Tunggulah kes Shuib selesai baru akan diteruskan. Lagipun semua urusan termasuk sewa kedai dia yang uruskan.
“Saya memang nak sangat buka kedai itu tapi tetap kena tunggu kesnya selesai. Saya sangat simpati dengan Shuib.
“Saya lega apabila tidak dikaitkan tapi saya harap kita dapat doakan untuk Shuib. Allah uji dia dan nak naikkan darjatnya,” katanya. – MalaysiaGazette